Saturday, November 19, 2011

memori. kalau satu colour je mesti bosan bukan? ;)

CN Blue - I Will Forget You. video+lyric.



*layan lagu ni sambil tulis entri.
**rasa macam skema gila bila tulis tajuk, MEMORI. hahaha.

source


blog ni macam diari. walaupun kalau ikut yang sebetulnya, diari tu diri sendiri je boleh baca tapi blog tak. blog macam kau kongsi dengan orang lain apa yang dah jadi kat kau, apa yang sedang berlaku. perasaan kau sekarang, kelmarin, minggu lepas. kehidupan kau. lainlah kalau kau buat blog kau private. tu memang kongsi sorang-sorang. dan tu bukan kongsi, tu namanya tulis dan baca sorang-sorang.

setiap entri blog macam sehelai kertas dalam buku diari.

jap, aku terus terang je lah apa yang aku nak cakapkan sekarang. aku bukan nak jual diari ke apa. tapi apa yang aku nak cakapkan kat sini, kalau sebelum ni kau pernah rapat/kau pernah benci/ kau pernah suka dengan seseorang. kau akan tulis dalam diari. atau dalam blog. lepas tu sekarang kau dah tak rapat dengan orang tu/kau dah tak benci orang tu ataupun kau dah tak suka orang tu.. kau akan delete ke entri tu?/kau akan koyakkan ke kertas dalam diari tu?

source


kalau kau tanya aku, jawapan aku tak. semua tu bagi aku memori@history. kalau history dalam Google Chrome boleh lah kau nak delete sebab melembapkan laptop(erk, betul kan?) tapi kalau dalam blog/diari, kau delete juga ke? wahhh, sayang ooh. time tulis sebelum ni bukan main teruja so takkan lah nak delete macam tu je kan. ^^

dan dalam blog/diari tu takkan ada yang happy-happy je, mesti ada yang sedih juga kan. takkan ada satu colour sahaja. mungkin ada colour pink,, kuning, biru? okay tu semua colour favourite aku. haha! kalaulah blog/diari kau semua pasal benda-benda happy je atau semua pasal cerita sedih je mesti bosan kan. tak seronok langsung diari kau. nak baca pun membosankan. kehkehkeh. aku gurau. erk, tapi betul lah kan! XD

source


pendek kata, ceh..dari tadi tak nak pendekkan. saja je nak tulis panjang-panjang sebab dah lama tak tulis macam essay. LOL. sambung balik, pendek kata.. apa yang ada dalam blog kau sekarang jangan dipadam. semua tu kenangan. tak semua kenangan tu pahit. kalau pahit pun pasti ada manisnya.

bercakap pasal memori/kenangan ni, aku dah nak habis sem. mungkin tinggal dekat melaka ni satu minggu je lagi pastu balik ke terengganu tercinta. dan setiap hujung sem aku akan menyesal sebab tak belajar rajin-rajin. haishh. dan sem ni juga tak berlalu macam tu je. colour dia lain sikit daripada yang sebelum ni. dan minggu ni minggu yang sangat sukar untuk aku. minggu air mata. tak boleh nak salahkan sesiapa. salahkan diri sendiri dulu.

facebook aku dah deactivated. blog mungkin aku rajin update. twitter lagi lah aku rajin update. hoit, rajin-rajin leh tegur aku dekat twitter okeh!

#kenapaakurasamacambanyakbendamengarutakutuliskatatasnierk?

3 comments:

Nasuha Suhada said...

aku suka entri ni irah ehh!

Mira said...

betul2, blog kira mcm hikayat diri sendiri. bleh flashback bila dah tua2 nnti..hehe

irahehe said...

suha,
yer! baguslah. haha..




cik mira,
a'ah..flashback zaman muda2 kita dulu. kehkehkeh.