Wednesday, November 16, 2016

Trip Surabaya Indonesia Part 2

okay. sambungan dari trip pergi Surabaya haritu. siapa nak baca part 1 boleh ke sini -> Trip Surabaya Indonesia Part 1

lepas dari pergi Kawah Gunung Bromo, kitorang singgah sekejap ke Pasir Berbisik. Kenapa panggil Pasir Berbisik? dengar-dengar cerita sebab bila angin bertiup, pasir tu seakan-akan berbisik.. gituuu. walau tempat dia macam kosong macam lapaang macam tak ada apa-apa tapi, view sekeliling dia sangat cantik uolsss.






penat berjalan kitorang pulang ke sarang. setel apa yang patut. kemas barang gerak pergi Air Terjun Madakaripura. kebetulan area situ-situ juga. tapi takde lah dekat sangat dan jauh sangat pun tak juga. sampai sana, nanti prepare duit siap-siap untuk bayar upah guide + tiket masuk +  transport. tak mahal mana pun.

untuk masuk ke dalam sana tu, kitorang kena naik motor, so lepas parking kereta, naik motor dalam 5 minit, lepas tu jalan kaki 1.5KM untuk sampai ke air terjun utama tu. nampak macam leceh kan? tapi tak pun sebenarnya. okay je. sebab masa naik motor tu pun, pemandangan dia boleh tahan.



(credit to the owner of photo:Paiz)


gambar time ada air terjun tu, sebenarnya masa tu buka baju hujan kejap. patutnya kat sini pakai baju hujan untuk yang tak nak bagi baju basah lah, tapi untuk siapa-siapa yang nak mandi tak payah beli pun tak apa. tapiiii sebenarnye area ni tak dibenarkan mandi sebab takut ada batu jatuh dari atas. bahaya lah juga. so kena hati-hati sikit. pasal baju hujan tu, kat sana ada jual atau nak beli siap-siap pun boleh. baju hujan yang jenis disposable tu.

btw, guide yang bawa kitorang pergi kt air terjun tu pandai ambil gambar ohhh. haha. macam-macam posing kitorang buat. haha. memang terbaik. setel pasal tu kitorang sambung perjalanan ke kawasan Kawah Ijen. untuk sampai ke rumah rehat area Kawah Ijen tu ambil masa dalam lebih kurang 6 jam. lama hoiiii. apa lagi, tido dalam kereta la jawabnya. hahaha. waktu tido kitorang biasanya dalam kerete, kereta dan kereta. malam pergi naik bukit. kakaka.

dekat Indonesia, biasanya kitorang makan ayam penyet, nasi padang, bebek penyet. berpenyet2 lah senang cerita.ada juga sup rawon apa semua tu. tapi masakan diorang terselit tempe or tauhu. biasanya lah. sekarang aku tengah pantang nasi penyet buat beberapa bulan sebab muaks dah time makan kat Indonesia haritu. hahaha

gerak pergi Kawah Ijen pukul 12 tengah malam. singgah makan sate tepi jalan sambil minum teh botol kejap, pastu lebih kurang pukul 1:30 pagi waktu Indonesia, kitorang start daki bukit untuk sampai ke Kawah Ijen.

famous dikalangan pelancong.


okay, kenapa mesti daki time pagi-pagi buta tu, kenapa tak daki pukul 7 pagi ke apa kan. sebenarnya naik Kawah Ijen tu untuk tengok Blue Fire. Blue Fire ni ada waktu siang dan malam tapi pada waktu siang, warna biru tu tak kelihatan, dia jadi warna lain. tak sure warna apa time siang. dengar-dengar cerita warna merah camtu. sebab tu kena tengok time waktu tengah malam or dekat-dekat subuh. pastikan bawa lampu suluh. tak kisah lah lampu kat kepala or pegang kat tangan je pun sebab keadaan gelap gelita.

daki bukit ambil masa dalam dua jam. tu pun lebih sepuluh kali berhenti.haha. pastikan stamina kuat sebelum pergi trip ke sini. lepas sampai puncak bukit, turun pula ke bahagian kawah tu untuk tengok Blue Fire. yang ni kena hati-hati sikit sebab kawasan batu-batu takut tergelincir.

Blue Fire

What is Blue Fire, macam mana boleh terjadinya Blue Fire dan sulfur, boleh try baca kat sini, Stunning Electric-Blue Flames Erupt From Volcanoes . Info yang sangat berguna.  dan khabarnya tasik tepi Kawah Ijen tu pH dia hampir 0. wow. bermakna tasik tu berasid. tapi sebenarnya bende ni tak mustahil sebab ianya berlaku dekat dengan kawah gunung berapi.

tahukah anda, Blue Fire ada dua tempat je dekat dunia ni yang mana satu dekat Kawah Ijen, Indonesia..satu lagi kat Islandia.

owh ya, pastikan sediakan penutup hidung/mask yang tebal sebab bau sulphur kat sini sangat kuat. lagi dekat lagi kuat. melancong-melancong juga, kesihatan kena jaga.


ni pandangan Kawah Ijen dari atas.masa ni dah dekat siang.


Kawah Ijen


lepas dah puas tengok Blue Fire, kitorang daki balik naik atas, Subhanallah view pagi-pagi dekat situ sangatlah cantik. letih macam mana pun daki bukit untuk dapat view macam tu adalah sangat berbaloi. rasa tak puas. kiri kanan belakang depan view superb.






nampak tak yang berbakul bakul tu? pak cik- pak cik kat sini angkut sulphur tu dari kawah kat bawah sana kat Blue Fire tu, bawa naik ke atas bukit dan kemudian bawa turun ke kaki bukit untuk dijual. berat sekali angkut tu lebih kurang 50-60 KG. kesian sangat. cari rezeki cara diorang.

setel bahagian Kawah Ijen, next kitorang pergi snorkeling kat area Bali Barat.


anak ikan yu, eh?


singgah sebentar kat Pulau Menjangan, Bali Barat


owh ya, kitorang pergi under pakej. harga pakej ni 2 juta + 250K untuk bot pergi balik untuk snorkeling di Bali Barat. tapi dia bagi diskaun 100K eh? rasanya, lupa dah. kalau korang nak pergi tempat lain pun boleh, dia boleh je bawa. so, siapa nak try boleh contact Nasrul +628124904414


* pemandu pelancong/supir yang bawak kitorang tu jenis sangat peramah dan suka bergurau. servis tip top.


sampai situ je trip kali ni. tak sabar nak pergi trip tahun depan. yeay!

Monday, November 7, 2016

Trip ke Surabaya Indonesia part 1

Assalamualaikum, lama sungguh rasanya tak buat entri panjang2. dan itu bermaksud entri kali ni adalah satu entri panjang bagi yang malas membaca. keh.

Persediaan sebelum ke Surabaya:
1) Kitorang ambil pakej termasuk bot pergi balik ke Bali Barat(Rm740+-)
2) Duit untuk shopping ( tapi tak shopping mana pun sebab jadual padat)
3) Sweater
4) Lampu suluh tangan @ head lamp
5) Passport yang masih sah berserta nama yang tak diblacklist dari mana-mana pihak
6) Powerbank yang dicaj full
7) Plug dua pin kalau tak silap, sebab diorang punya lubang plug tak sama dengan kita
8) Glove dan stokin yang mencukupi
9) Extension supaya tak tension berebut plug. haha
10) Hati yang lapang untuk bercuti

masa kitorang pergi, currency lebih kurang 10000 rupiah = RM3+ kita.


so, best ke pergi Surabaya Indonesia?

okay, biasanya orang fikir pergi Indonesia ni mesti untuk shopping kan? tapi kali ni kitorang pergi untuk 'hiking' sebenarnya. okay bunyi macam poyo je hiking padahal naik bukit sikit-sikit je.

kitorang ambil pakej ye kawan-kawan. bukan pergi menonong camtu aje. dan bukan sebagai backpaker. backpaker mungkin lain trip. nanti-nanti mana tahu kan.

ayuh mulakan.



hari pertama

sampai airport lebih kurang pukul 1 lebih? mungkin. kalau dari johor -> surabaya, perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam. oh ye, waktu Malaysia awal sejam dari Indonesia. sampai kat sana, dah ada orang tunggu. pemandu pelancong/supir. selepas singgah makan dan sebelum bergerak ke rumah tumpangan dikawasan dekat dengan Kawah Gunung Bromo, kitorang singgah solat di masjid kedua terbesar di Indonesia, Masjid Nasional Al-Akhbar. sebelah masjid ada menara, kat sini korang boleh naik tapi kena bayar dalam 7000 rupiah gitu. dalam dua ringgit lebih duit malaysia. dan kitorang sempat juga singgah area Makam Sunan Ampel.

Us (Credit to the owner of photo:Paiz)


pemandangan dari atas kat menara.


singgah sebentar area Makam Sunan Ampel


sampai kat rumah tumpangan time malam. jauhhh perjalanan dari airport nak ke area Kawah Gunung Bromo tu. tapi iols tak ingat lah berapa jam sebab asyik tiiiido je dalam kereta. penat apa entah. penat makan mungkin.tapi sejuk gila area rumah tumpangan ni. kawasan dia lebih kurang macam Cameron Highland. tapi lagi sejuk. bilik memang takde aircond. tidur guna comforter pun still sejukk. ahhh.


tengah malam tu dalam pukul 2:30 pagi, kitorang gerak ke puncak penanjakan 1 Bromo (tempat tengok sunrise) tu dengan naik jeep. jeep ni memang dah termasuk dalam pakej yang kitorang ambil. so tak payah nak kena pikir bayar berapa ape semua. sampai-sampai je dekat Penanjakan ! Bromo tu, kitorang makang luuu. sempat lah makan pisang celup tepung dua tiga ketul beserta milo panas.

kat sini, suhu tak tahu lah berapa tapi sejuk gila bakhangg. dah pakai glove pakai sweater pun rasa macam aaaaaa sejuknya, cakap keluar asap hoi. feeling-feeling korea gittew. sebelum sampai kat tempat tengok sunrise tu, ada satu macam wakaf la, macam tempat rehat lepas tu banyak sejadah tersusun atas tu. haa, kat situ korang boleh sembahyang subuh siap-siap. tandas ada, tapi air dia kene tahan la sikit sebab macam ambil air sembahyang dengan ais. grr.

untuk perempuan, bawa telekung travel tu siap-siap okay.


kemain sporting yang belakang tu buat peace. (credit to the owner of photo:Adil)


Puncak penanjakan 1 Bromo


Puncak penanjakan 1 Bromo


Puncak penanjakan 1 Bromo





memang ramai orang time pagi-pagi tu. pelbagai bangsa dan agama. semua dengan satu tujuan, nak tengok sunrise. dan view dia memang kebaboom. comel boh. kawan-kawan aku ambil gambor pah cerohhh.jeng kreng. hahaha

lepas tu kitorang gerak ke  Kawah Gunung Bromo


berhenti ambil gambar kejap sebelum sampai ke Kawah Gunung Bromo

ni la jeep yang kitorang naik tu. nampak kecik, tapi muat 7 orang 
termasuk pemandu.


sebaik sampai kat kawasan Kawah Gunung Bromo, pak cik-pak cik yang bawak kuda padi dah bersedia untuk tawarkan khidmat diorang. harga dalam 100 ribu -125 ribu rupiah untuk seekor kuda pergi balik. yang ni kitorang kena bayar sendiri sebab tak termasuk dengan pakej.

kat sini, korang boleh pilih sama ada nak naik kuda untuk sampai dekat2 tangga Kawah Gunung Bromo tu atau korang boleh jalan kaki je. untuk yang nak exercise boleh pilih untuk jalan kaki, untuk yang nak enjoy view sambil naik kuda, boleh pilih naik kuda sebab nanti korang kena naik tangga pulak. gittew.

kitorang? mestilah naik kuda. tak larat nak jalan jauh-jauh. haha





view dari atas. 


masa naik tangga tu, korang kena extra careful sebab ada bahagian yang licin.

kat atas tu, korang kena double extra careful. gittew. kenapa? sebab kat bahagian atas Kawah Gunung Bromo tak ada tempat pemegang kecuali bahagian depan je sikit-sikit. kiranya kalau tergelincir belah kanan, direct jatuh masuk kawah, tergelincir belah kiri direct jatuh bukit. alamak. hati-hati lah semasa ambil gambar okay.

so untuk sesiapa yang gayat, cukup la round-round depan tu. untuk yang tak gayat+berani+rajin, korang boleh round satu kawah tu yang mana bagi aku sangat besar dan sangat jauh. fuhhh. tak larat ahh. cuak. haha


bahagian depan2. so ada penghadang sikit.


laluan dia tak kecik dan tak besar.






sambung part 2 nanti. kbai.