*ni entri bercerita/panjang.
ececeh. tajuk dah ala ala Istanbul Aku Datang. padahal hari tu siap komen-komen cakap cerita tu so-so je. menyampah irah ni. hari tu masa aku kerja kat satu makanan Arab ni, ada lah kawan aku yang kerja situ juga nak try minta Instep. Instep ada buat pengambilan untuk sesi Januari 2013. antara program yang ditawarkan ialah, Instrumentation, Laboratory, Process, Production, Mechanical dan Electrical. aku ni dah tawar hati nak belajar balik lepas habis diploma. jenis nak cari kerja je. sebab malas nak tambah hutang. kalau ada orang nak persoalkan alasan aku, korang nak ke bayar aku punya hutang? eh, emo lak. sorry. haha!
sambung balik. tadi aku cakap aku tawar hati kan, ni dah tak tawar dah sebab aku dapat tahu yang program ni fully sponsor. waww! i like this. kehkeh. kalau tak silap aku pengangkutan, penginapan, belajar semua diorang tanggung. dan setiap bulan dapat elaun RM250. *kalau salah sila betulkan. 6 bulan belajar dan 6 bulan praktikal.
aku pun try lah isi. dalam fikiran, fully sponsor fully sponsor so tak payah berhutang. isi last minit. masa tu dalam 2/3 hari lagi sebelum tarikh tutup. last-last dapat interview. dipanggil interview sebenarnya. ceh, padahal berlambak je dipanggil interview. tu baru interview. dapat ke tak masuk Instep belum tahu lagi. kebetulan, mesej yang dia bagitahu pasal interview tu aku dapat time aku pergi bercuti a.k.a jalan-jalan dekat kuala lumpur. so how? terpaksa lah balik seorang diri naik bas esok pagi tu sebab keluarga aku rancang nak stay sana lebih satu lagi. takkanlah aku nak pentingkan diri sendiri suruh diorang balik sama juga.
contoh macam balik hari ni, esok tu terus interview. cuba bayangkan betapa kelam kabut nya aku. nak membaca pasal yang aku belajar lagi. nak baca pasal Instep lagi. nak gosok baju untuk interview lagi. dah lah time tu duduk rumah sorang-sorang. family tak balik dari kl lagi. tapi boleh lagi aku pergi lepak dengan kawan aku time tu. dasar irah tak sedar diri. tapi time lepak boleh pulak bawa note. lepak kat tempat aku kerja. so tak nampaklah poyo sangat.
esok pagi tu, nak gerak pergi tempat interview=Instep. hujan lebak weh. aku pula hanyalah seorang penunggang skuter. pakai baju hujan. redha je time tu. basah pun basahlah. sesampai je sana, semua orang naik kereta. diulangi..kereta! sedihnya diri ini. terasa sayu dihati. cari tempat parking pun hampir-hampir tak jumpa walaupun sebenarnya depan mata. haha! lepas tu, datanglah seorang jejaka. naik motor juga. owyeahh! gembiranya masa tu tak tau nak cakap. lega tahu. terus start sembang dengan dia. aku kan jenis mesra. dia pun jenis layan. aku ingat lagi nama dia Mawi. Hai Mawi! *kalau dia baca la. tapi lepas tu ada je yang datang dengan motor. cuma sikit dan sikit sangat. mungkin diorang naik kereta sebab hujan.
*hamboi irahhhhh, panjangnya cerita kau! (kan dah bagi warning kat atas tu.haha)
test dia dalam masa 45 minit, kita kena jawab 100 soalan. dia campur, ada soalan english bab grammar, matematik, fizik, teknikal dll. tapi mungkin aku duk tumpu sangat kat soalan matematik, tak cukup masa oiii. time dia cakap ada masa 20 minit lagi tu, aku ada berpuluh-puluh soalan lagi yang tak dijawab. kalut gila masa tu. next, sesi temuduga. disebabkan perempuan sikit so dia suruh perempuan temuduga dulu. ahh,alhamdulillahh. aku sebenarnya malas nak tunggu lama-lama. sebab nanti makin cuak. first bilik temudaga aku masuk. aku dah tak kesah pasal nervous tu semua. aku nak bende ni setel cepat je sebab aku dah tahu nanti aku lagi cuak.
kbai
Wahhh, puas I baca entry you ni haaa. Nasib dapat. Syukur and congrats dear :)
ReplyDeletealhamdulillah , tahniah . dulu sy pun dapat makmal gak . serious ramai gila lelaki time interview . tapi saya terpaksa tolak sebab dpt diploma uitm . goodluckkkk irah !!
ReplyDeleteDear irah...hope see u there on 26 jan soon.. btw i dpt instumentation.... klu jmpa bole gather bloggers2 instep lak...
ReplyDeleterara,
ReplyDeletehahaha.punyalah panjang kan. lenguh menaip. thank you dear. :)
si gadis semasa,
kann, ramai gila lelaki time interview tu. haha. thank you awak! :)
wan,
hahaha. lama tak dengar pasal gathering blogger. haha. kalau jumpa nanti tegur-tegur lah. hehe..
sape lg yg dapat mechanical?ce cite2! hehe.. mle2 minx mechi n instrumentation.. tp dia campak mechi lak..jumpa korg 26 hb nih!XD
ReplyDelete