Thursday, October 11, 2012

Buku.

aku nak promote dua buah buku yang baru-baru ni aku baca/jumpa dan menarik minat aku. aku tak dapat apa-apa komisyen pun dari entri ni, saja nak promote sebab buku ni best dan awesome, jadi macam rugilah kalau ada yang tak tahu pasal buku ni.

1. Mudahnya Menjemput Rezeki - Fathuri Salehuddin





:: beli sendiri. alkisahnya, time kerja tengah bulan lepas rasanya, datanglah dua orang kakak ni. dia nak minta tolong bagi pendapat pasal buku ni. dia suruh tengok-tengok dulu. aku try lah belek mana yang patut. lepas tu ternampak bahagian cerpen/cerita pasal berkaitan rezeki ni. terus berkenan dan beli. sekarang dah lebih separuh buku dah aku baca. dan sangat-sangat suka buku ni. Alhamdulillah, dapat banyak ilmu dari buku. cara penulisan dia pun okay, senang nak paham. sangat-sangat menarik. aku sarankan korang beli buku. Serius.


2. 101 Doa Mohon Makbul - Dr.Hj. Zahazan Mohamed & Nik Wafdi Nik Jaafar









:: yang ni bukan buku aku. tapi buku kawan tempat kerja aku. walaupun bukan buku aku, tapi buku ni sangat sangat bagus. sebab apa? banyak doa yang boleh kita gunakan untuk setiap hari ada dalam ni dan disertakan dengan gambar kartun yang comel/lawak lagi menjadikan buku ini menarik. so, siapa yang berminat boleh try cari kat mana-mana kedai buku! :)

4 comments:

Cik Kamoo said...

beli kat mana ye buku2 nie??

irahehe said...

cik,
saya pun tak pasti. tapi try lah cari kat mana-mana kedai buku. tak pun try search kat google. kot-kot ada orang tahu

ahmadhiSyam said...

buku yg ke-2 tu nmpak best

irahehe said...

ahmad,
dua dua best. sungguh.. :)