Sunday, December 23, 2012

Review: The Innocent Man/Nice Guy

The Innocent Man. gambar google.

macam..macam lama je tak buat review drama korea. dah berenti tengok korea ke? kehkeh. nak berenti tengok drama korea tu macam susah sikit. sebab aku memang suka tengok cerita. untuk drama kali ni tajuk The Innocent Man atau tajuk lain dia Nice Guy. sebetulnya, mula-mula aku nak tengok drama ni semuanya sebab Song Joong Ki. minat betei dengan laki ni. dia lah yang haritu tengah-tengah malam lepas shooting episode first terus mesej aku suruh tengok cerita ni. *muntah.

lagi sekali siapa mampu nak tolak kalau lelaki macam Song Joong Ki ni berlakon, takkan tak nak tengok. at least try tengok episode 1. kahkah. tak, aku kalau lelaki tu hensem macam mana pun, kalau jalan cerita haprak..aku tak tengok juga. aku tak bongok sangat sanggup tengok cerita yang entah hape semata mata pelakon dia hensem. terseksa jiwa raga. rasa nak marahhhh je nanti. dan Song Joong Ki ni kalau dalam Running Man time dia keluar kat skrin je biasanya ada lagu Pretty Boy-M2M.

so apa yang aku cuba nak katakan sekarang ni, cerita ni awesome dan pelakon dia hensem!

comel betei! gambar google.


Sinopsis 

Kang Ma Roo (Song Joong Ki) ni sebenarnya memang dah suka/cinta sangat dekat Han Jae Hee ( Park Si Yeon). memang dari kecil camtu.Tapi ada suatu hari tu, Han Jae Hee ada buat silap dan Kang Ma Roo tolong coverkan kesalahan tu. tapi last-last Han Jae Hee tu kahwin dengan orang kaya mana entah so Kang Ma Roo macam rasa dikhianati. dia buat keputusan nak mainkan perasaan perempuan yang suka kat dia. disebabkan muka dia hensem so memang dia jadi playboy la. Ada satu hari tu, dia buat keputusan nak balas dendam kat Han Jae Hee dengan menggunakan anak tiri Han Jae Hee. amboi, menggunakan. ayat....sambung balik, anak tiri Han Jae Hee ialah Seo Eun Gi (Moon Chae Won). Seo Eun Gi pun jenis kental juga. tapi dia jatuh hati dengan Kang Ma Roo. lepas tu...tengok sendiri.

cerita ni ada 20 episode. tak adalah banyak sangat. memang okay sangatlah. satu hari satu episode. kalau dah suka sangat dua tiga hari 20 episode terus. tapi jangan tengok straight takde rehat-rehat dah. bahaya woih.

serius molek. sumber google.

kalau sebelum ni watak Song Joong Ki jenis yang nakal-nakal yang sesuai dengan muka dia. tapi kali ni tak. dia dalam cerita ni memang watak serius. ingatkan tak sesuai dengan dia. eh, not bad. bukan bukan. memang kena watak tu dengan dia. terbukti dia memang pandai menjiwai watak. muka comel tetibe dapat watak serius, bukan senang. partner pula dengan Moon Chae Won yang lawa gila tu. terbaik. tambah pula dengan watak Gwangsoo. kawan baik Song Joong Ki dalam cerita. haha. so, peminat Gwangsoo The Betrayer silalah tonton drama ini.

The Betrayer. (RM) gambar google.

boleh tonton online drama The Innocent Man/Nice Guy kat sini:

boleh download drama The Innocent Man/Nice Guy kat sini:


Innocent Man OST - Love Is Like Snow


aku bagi 5/5 bintang! babai!

3 comments:

mUm_tAz said...

x sabar nak tgk lepas exam, peram dulu, >.<

irahehe said...

mumtaz,
silalah tengokkk. tak rugi. berbaloi bali. hehe..

irahehe said...

*baloi