Wednesday, November 13, 2013

bukan dari joyah. mungkin.



1. jangan jadikan diri sendiri bahan lawak orang lain.

contoh: buat video pelik-pelik letak dekat keek. tak semua orang berfikiran positif. tak semua orang mampu tahan diri dari hasutan syaitan untuk memalukan awak. tak semua.

2. cari salah orang lain mudah je. cari salah sendiri pun mudah. tapi nak dedahkan kesalahan kita seperti kita dedahkan kesalahan orang lain tak mudah kan? so kenapa nak dedahkan orang lain punya?

3. hati kata jangan, mulut seakan mahu berkata, setan terus terusan menghasut, tetapi akhirnya mengalah pada hasutan. lemahnya kita.

4. kesilapan yang berlaku, pesalah yang di cari. saling tuding menuding berlaku, kenapa tak tuding diri sendiri. kenapa saling tak mengingatkan pada awalnya.

5. pangkat tinggi setingkat, tapi kenapa sombong awak bertingkat tingkat.

6. jangan dedahkan aib sendiri. kalau orang lain dedahkan aib kita, mungkin sebab kita pernah dedahkan aib orang lain? mungkin?

7. kita sembah Tuhan yang sama. kita semua sama. sama.



- aku yang kotor dengan dosa -

No comments: