Saturday, November 9, 2013

Contoh surat penangguhan bayar pinjaman MARA



sebelum masuk praktikal haritu, aku memang nekad habis nak siapkan dua bende ni. satu surat penangguhan bayaran pinjaman MARA, satu lagi surat pasal pengurangan bayaran balik pinjaman MARA.

dan pasal surat penangguhan tu, aku rasa ramai yang cari contoh surat penangguhan bayaran pinjaman MARA sebab sebelum ni aku beria pergi search kat google. punya lah susah nak jumpa. nak cari yang lebih kurang pun susah. tak tahu lah kalau aku yang tak reti cari ke apa. tapi masalahnya kawan aku cari pun tak jumpa. hehe.

 last-last aku ada jumpa satu surat ni kat website mana entah(tuan punya website kalau nak claim link boleh bagitau..muahaha), aku pun ubah-ubah lah sikit. setel. hantar dan diluluskan. alhamdulillah. tak payah pikir nak kena bayar MARA masa tengah praktikal. kurang sikit beban bende nak pikir masa praktikal tu.


1untuk surat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman MARA, syarat dia:

*Penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
*Permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut:-
 i) Nama Kursus yang sedang diikuti
ii) Tarikh mula pengajian
iii) Tarikh dijangka tamat pengajian Bayaran balik perlu dibuat 6 bulan selepas tamat pengajian.

aku prinscreen gambar surat tu je lepas tu letak kat sini sebab aku tak pandai nak attach file/doc kat sini.

contoh surat penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA


1.

2. sambungan

3. sambungan


isi tempat kotak biru tu dengan korang punya detail. setel. pastikan sebelum hantar tu, hantar sekali surat pengesahan tempat belajar sekarang. kalau tak ada surat pengesahan tu, try minta dekat pihak berkenaan kat tempat belajar korang.

* aku bagi sampul surat kosong sekali dengan setem sekali dengan nama +alamat rasanya. dengan tujuan nanti diorang balas surat aku guna sampul surat tu. tapi aku tak sure pula wajib ke tak buat bende tu. aku hantar sajooo.

* sesiapa yang nak buat pengurangan MARA, boleh tengok entri ni. Syarat dan cara pengurangan bayaran balik pinjaman MARA

* sorry ah korang tak boleh copy paste bulat-bulat sebab aku printscreen. aku printscreen sebab senang sikit kerja aku. kekeke. tapi at least korang tahu lah macam mana contoh surat nak kena hantar kan. hehe.


dah. kbai.


UPDATE:

mungkin ada yang tak perasaan aku tulis alamat MARA kat dalam gambar tu. so korang kena besarkan gambar tu. tapi, dah alang-alang update ni, aku tulis terus alamat MARA kat bawah ni,


kepada:
Bahagian Kawalan Kredit,
Tingkat 3,Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur


 :)

40 comments:

  1. Thanks Girl for this kind information. Biase cari cara2 nak buat bende ni kat website lain tapi x jumpa2. Semoga berjaya dunia akhirat =)

    ReplyDelete
  2. thanks awk!! Now sye dh tau camne nk buat surat penangguhan bayaran nie :D

    ReplyDelete
  3. hai. .thanks for this sample letter. . really helped me out :)

    ReplyDelete
  4. nak sent kat pejabat mara ke?
    alamat ?

    ReplyDelete
  5. akmal,

    sorry lambat gilllla reply sebab tak aktif blog. kat gmbar contoh surat tu saya ade tulis alamat.

    ReplyDelete
  6. terima kasih...

    ReplyDelete
  7. salam, kalau tak letak tarikh tamat belajar macam mana?

    ReplyDelete
  8. ladybird,
    letak tarikh much better i think. sebab maybe diorang nak tahu bila tamat belajar

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian saudari..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share :) cuma saya nak tanya, lulus tak permohonan sis? Saya belum dpt apa2 jwpan dr mara

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing sis :) maaf btanya, adakah permohonan sis diluluskan? Sy masih menanti jwpan dr pihak MARA

    ReplyDelete
  12. Ada soalan sikit, lepas dah buat surat ni, kena hantar kepada MARA melalui pos atau by hand yea? kalau pos boleh saya tahu alamat nye ?terima kasih

    ReplyDelete
  13. nur farhan,
    sama-sama.



    hazreen,
    Yr welcomed. saya punya lulus. dapat kurang. saya dulu dalam dua tiga bulan rasanya baru dapat reply. kira okay la. tak lama sangat.


    nor azuwin,
    saya pos. alamat saya ada tulis kat dalam gambar tu dik.kene click utk besarkan.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih untuk informasi yang sangat berguna. Sangat membantu. Semoga awak dipermudahkan urusan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  15. nak tanaya pasal surat pengesahan sambung belajar kena pakai yg surat tawaran or yg lain kena minta kat ipta?

    ReplyDelete
  16. thanks you so much for the guideline.. :)

    ReplyDelete
  17. tq share. sgt sgt membantu. semoga segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  18. ShaZexr,
    setahu saya kena minta dengar ipta. bukan surat tawaran tu.

    ReplyDelete
  19. jazakillah khair..sangat membantu post anda ni..

    ReplyDelete
  20. tumpang tanya jugak, kelulusan untuk penangguhan bayar balik tu dapat jugak tak? saya sambung phd lagi 3 tahun insyaAllah, agak2 dpt tak tangguh sampai 3 tahun?

    ReplyDelete
  21. kena hantar terus ke pej mara ke? tak boleh post eh?

    ReplyDelete
  22. salam sis,nak tnya,klu pos untuk pengurangan bayar balik mara boleh ke?sbb ada kawan saya ckp wajib htr ke HQ.Bila call pn dia kta better htr HQ trus sbb klu pos tkut x dpt.tp boleh je pos,kata pegwai mara daerah

    ReplyDelete
  23. Salam, maaf bertanya,

    Permohonan pengurngn byrn MARA prlu dibuat bersama2 penangguhan MARA skali ke?ataupun prmhnn pengurngn byrn boleh dibuat lps kita abis blaja?

    ReplyDelete
  24. wanita bertudung hitam,
    maaf saya tak tahu pasal tu. boleh contact MARA utk pertanyaan lebih detail.


    nurul syazana,
    boleh pos. saya pos.


    ketamcrab,
    setahu saya boleh je pos. sebab saya sendiri pos. bukan hantar sendiri kat HQ.


    han seung,
    alamak, yang tu tak tahu la pulak. hehe

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum. Nak tanya, saya sekarang sambung degree sepenuh masa. Masa saya Diploma, pinjaman mara.

    So skrg ni yg mana patut saya buat dahulu ya? minta penagguhan bayar balik sebab sambung belajar ATAU minta pengurangan pinjaman pelajaran ATAU boleh buat kedua-dua nya sekali?

    ReplyDelete
  26. Terima Kasih, this help me alot.

    ReplyDelete
  27. Salam...kalu tak smbg pgjian..mcm mna nak buat srat. Coz bru2 ne fmly sya..d tmpah musibh kbran rmh..so apa mcm ya nak buat srt pnguhn tu..

    ReplyDelete
  28. @yuuki,
    sama-sama :)


    @hez
    wslm, boleh try call MARA direct utk tanya. saya tak sure mengenai hal ni. maaf ye

    ReplyDelete
  29. Salam cik mahirah, boleh ke buat penangguhan pembayaran jika Jadual Bayaran Balik (JBB) dah dikeluarkan oleh MARA?

    ReplyDelete
  30. salam sis.. macam mana nak tau sama ada permohonan kita tu lulus atau tak. fia ada hantar surat ke rumah ke?

    ReplyDelete
  31. hye sis...andai kata saya baru abis diploma skrang..and nak sambung degree, yg mcm dalam surat sis tulis tu nak mintak tangguh 6 bulan tu selepas habis diploma or degree? thanks sbab membantu

    ReplyDelete
  32. Salam.. lau xhabis blaja lg p dah kema byr balik pinjaman bole buat penangguhan byrn x?

    ReplyDelete
  33. Tq for information ni ,sangat² bermanfaat.

    ReplyDelete
  34. Tq for information ni ,sangat² bermanfaat.

    ReplyDelete
  35. yang penangguhan dari tarikh ke tarikh iaitu 6 bulan tu,, tarikh yang sambung belajar (tempoh pengajian) tu ke??

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sis. Boleh ke saya dptkan surat rasmi ni by email?

    ReplyDelete
  37. thanks. sangat berguna untuk orang yang dah lama tak tulis surat rasmi =)

    ReplyDelete
  38. Salam sy nk tnya setem tu kena cop ke dgn pejabat hasil.. Dan setem tu nk beli kt mana ya..

    ReplyDelete
  39. Hai nak tanya, "bulan" selepas tamat program pembelajaran tu kita boleh tentukan ke?

    ReplyDelete

silelah mencekik..eh mncatit..