Saturday, November 9, 2013

Contoh surat penangguhan bayar pinjaman MARA



sebelum masuk praktikal haritu, aku memang nekad habis nak siapkan dua bende ni. satu surat penangguhan bayaran pinjaman MARA, satu lagi surat pasal pengurangan bayaran balik pinjaman MARA.

dan pasal surat penangguhan tu, aku rasa ramai yang cari contoh surat penangguhan bayaran pinjaman MARA sebab sebelum ni aku beria pergi search kat google. punya lah susah nak jumpa. nak cari yang lebih kurang pun susah. tak tahu lah kalau aku yang tak reti cari ke apa. tapi masalahnya kawan aku cari pun tak jumpa. hehe.

 last-last aku ada jumpa satu surat ni kat website mana entah(tuan punya website kalau nak claim link boleh bagitau..muahaha), aku pun ubah-ubah lah sikit. setel. hantar dan diluluskan. alhamdulillah. tak payah pikir nak kena bayar MARA masa tengah praktikal. kurang sikit beban bende nak pikir masa praktikal tu.


1untuk surat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman MARA, syarat dia:

*Penangguhan bayaran balik hanya diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
*Permohonan penangguhan boleh dibuat dengan cara menulis surat dan mengemukakan bersama surat pengesahan belajar dari institusi pengajian yang sedang diikuti yang mempunyai maklumat berikut:-
 i) Nama Kursus yang sedang diikuti
ii) Tarikh mula pengajian
iii) Tarikh dijangka tamat pengajian Bayaran balik perlu dibuat 6 bulan selepas tamat pengajian.

aku prinscreen gambar surat tu je lepas tu letak kat sini sebab aku tak pandai nak attach file/doc kat sini.

contoh surat penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA


1.

2. sambungan

3. sambungan


isi tempat kotak biru tu dengan korang punya detail. setel. pastikan sebelum hantar tu, hantar sekali surat pengesahan tempat belajar sekarang. kalau tak ada surat pengesahan tu, try minta dekat pihak berkenaan kat tempat belajar korang.

* aku bagi sampul surat kosong sekali dengan setem sekali dengan nama +alamat rasanya. dengan tujuan nanti diorang balas surat aku guna sampul surat tu. tapi aku tak sure pula wajib ke tak buat bende tu. aku hantar sajooo.

* sesiapa yang nak buat pengurangan MARA, boleh tengok entri ni. Syarat dan cara pengurangan bayaran balik pinjaman MARA

* sorry ah korang tak boleh copy paste bulat-bulat sebab aku printscreen. aku printscreen sebab senang sikit kerja aku. kekeke. tapi at least korang tahu lah macam mana contoh surat nak kena hantar kan. hehe.


dah. kbai.


UPDATE:

mungkin ada yang tak perasaan aku tulis alamat MARA kat dalam gambar tu. so korang kena besarkan gambar tu. tapi, dah alang-alang update ni, aku tulis terus alamat MARA kat bawah ni,


kepada:
Bahagian Kawalan Kredit,
Tingkat 3,Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur


 :)

40 comments:

Unknown said...

Thanks Girl for this kind information. Biase cari cara2 nak buat bende ni kat website lain tapi x jumpa2. Semoga berjaya dunia akhirat =)

Unknown said...

thanks awk!! Now sye dh tau camne nk buat surat penangguhan bayaran nie :D

Princ3zH4ck4r said...

hai. .thanks for this sample letter. . really helped me out :)

akmalluqman said...

nak sent kat pejabat mara ke?
alamat ?

irahehe said...

akmal,

sorry lambat gilllla reply sebab tak aktif blog. kat gmbar contoh surat tu saya ade tulis alamat.

Anonymous said...

terima kasih...

irahehe said...

rosliza,
sama-sama

Unknown said...

salam, kalau tak letak tarikh tamat belajar macam mana?

irahehe said...

ladybird,
letak tarikh much better i think. sebab maybe diorang nak tahu bila tamat belajar

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian saudari..

HazReen9295 said...

Terima kasih share :) cuma saya nak tanya, lulus tak permohonan sis? Saya belum dpt apa2 jwpan dr mara

HazReen9295 said...

Thanks for sharing sis :) maaf btanya, adakah permohonan sis diluluskan? Sy masih menanti jwpan dr pihak MARA

Unknown said...

Ada soalan sikit, lepas dah buat surat ni, kena hantar kepada MARA melalui pos atau by hand yea? kalau pos boleh saya tahu alamat nye ?terima kasih

irahehe said...

nur farhan,
sama-sama.



hazreen,
Yr welcomed. saya punya lulus. dapat kurang. saya dulu dalam dua tiga bulan rasanya baru dapat reply. kira okay la. tak lama sangat.


nor azuwin,
saya pos. alamat saya ada tulis kat dalam gambar tu dik.kene click utk besarkan.

Masalie said...

Terima kasih untuk informasi yang sangat berguna. Sangat membantu. Semoga awak dipermudahkan urusan dunia akhirat.

ShaZexr said...

nak tanaya pasal surat pengesahan sambung belajar kena pakai yg surat tawaran or yg lain kena minta kat ipta?

Unknown said...

thanks you so much for the guideline.. :)

Unknown said...

tq share. sgt sgt membantu. semoga segala urusan dipermudahkan.

irahehe said...

ShaZexr,
setahu saya kena minta dengar ipta. bukan surat tawaran tu.

Wanita Bertudung Hitam said...

jazakillah khair..sangat membantu post anda ni..

Wanita Bertudung Hitam said...

tumpang tanya jugak, kelulusan untuk penangguhan bayar balik tu dapat jugak tak? saya sambung phd lagi 3 tahun insyaAllah, agak2 dpt tak tangguh sampai 3 tahun?

Unknown said...

kena hantar terus ke pej mara ke? tak boleh post eh?

Unknown said...

salam sis,nak tnya,klu pos untuk pengurangan bayar balik mara boleh ke?sbb ada kawan saya ckp wajib htr ke HQ.Bila call pn dia kta better htr HQ trus sbb klu pos tkut x dpt.tp boleh je pos,kata pegwai mara daerah

Anonymous said...

Salam, maaf bertanya,

Permohonan pengurngn byrn MARA prlu dibuat bersama2 penangguhan MARA skali ke?ataupun prmhnn pengurngn byrn boleh dibuat lps kita abis blaja?

irahehe said...

wanita bertudung hitam,
maaf saya tak tahu pasal tu. boleh contact MARA utk pertanyaan lebih detail.


nurul syazana,
boleh pos. saya pos.


ketamcrab,
setahu saya boleh je pos. sebab saya sendiri pos. bukan hantar sendiri kat HQ.


han seung,
alamak, yang tu tak tahu la pulak. hehe

Awena said...

Assalammualaikum. Nak tanya, saya sekarang sambung degree sepenuh masa. Masa saya Diploma, pinjaman mara.

So skrg ni yg mana patut saya buat dahulu ya? minta penagguhan bayar balik sebab sambung belajar ATAU minta pengurangan pinjaman pelajaran ATAU boleh buat kedua-dua nya sekali?

Unknown said...

Terima Kasih, this help me alot.

Unknown said...

Salam...kalu tak smbg pgjian..mcm mna nak buat srat. Coz bru2 ne fmly sya..d tmpah musibh kbran rmh..so apa mcm ya nak buat srt pnguhn tu..

irahehe said...

@yuuki,
sama-sama :)


@hez
wslm, boleh try call MARA direct utk tanya. saya tak sure mengenai hal ni. maaf ye

Am Makhtar said...

Salam cik mahirah, boleh ke buat penangguhan pembayaran jika Jadual Bayaran Balik (JBB) dah dikeluarkan oleh MARA?

Unknown said...

salam sis.. macam mana nak tau sama ada permohonan kita tu lulus atau tak. fia ada hantar surat ke rumah ke?

ezzat haziq said...

hye sis...andai kata saya baru abis diploma skrang..and nak sambung degree, yg mcm dalam surat sis tulis tu nak mintak tangguh 6 bulan tu selepas habis diploma or degree? thanks sbab membantu

Unknown said...

Salam.. lau xhabis blaja lg p dah kema byr balik pinjaman bole buat penangguhan byrn x?

VitaminOri said...

Tq for information ni ,sangat² bermanfaat.

VitaminOri said...

Tq for information ni ,sangat² bermanfaat.

Unknown said...

yang penangguhan dari tarikh ke tarikh iaitu 6 bulan tu,, tarikh yang sambung belajar (tempoh pengajian) tu ke??

Unknown said...

Assalamualaikum sis. Boleh ke saya dptkan surat rasmi ni by email?

Unknown said...

thanks. sangat berguna untuk orang yang dah lama tak tulis surat rasmi =)

Unknown said...

Salam sy nk tnya setem tu kena cop ke dgn pejabat hasil.. Dan setem tu nk beli kt mana ya..

j said...

Hai nak tanya, "bulan" selepas tamat program pembelajaran tu kita boleh tentukan ke?