Tuesday, August 17, 2021

2/2021


Assalamualaikum, sejak dua menjak ni aku perasan, apa yang kita kata..ada yang berbalik pada diri sendiri. aku sendiri pernah rasa. Jadi aku ambil pengajaran dari situ, jangan judge ye. kadang kita bercakap saja-saja je tanpa maksudkan pun, tapi alih alih kita pun buat benda yang sama, itu yang dikata paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. hambik terkena kt diri sendiri.

so marilah kita jaga percakapan. lagi-lagi yang jenis suka komen kat page mana-mana kat facebook atau twitter atau mana-mana platform, walau rasa kita betul, ignore je k. bahas yang ilmiah okay je, kalau yang kondem-kondem tu elakkan.


kbai

Post pertama di tahun 2021

 



Assalamualaikum bagi sesiapa yang baca post ini. tak tahu kenapa, aku rasa nak aktif balik berblog. mungkin sebabnya aku suka bercerita. kalau tak luah kat sini, aku selalu upload instagram story lepas tu caption panjang-panjang, maksudnya memang terbukti aku suka bercerita. tak boleh lari. so untuk mengelakkan kawan-kawan insta aku muak aku selalu upload instagram story, baik aku karang kat sini. haha

Menulis entri ini bermodalkan segelas lemon panas dan lagu Denting cover by Fadhilah Intan, setakat ni tak jemu lagi..tapi kalau pasang 20 kali straight mungkin akan berlalu ke toilet untuk muntah. Oh tak lupa, bermodalkan seketul hp untuk anak me time. Oh ya aku dah ada anak ya. Entri last aku masa aku travel masa masih bujang. Begitu lama aku tak update blog ni.

Bila buka blog aku tengok ada certain blogger yang aku memang suka baca blog dia, dah tak aktif. so aku nak baca blog siapa lepas ni. Kalau korang ada nak recomend blog mana yang best, tulis kat komen ye. thank you in advance.

Sekian untuk update kali ni. InsyaAllah lepas ni aku konsisten update. sebab aku banyak jugak gambar dalam phone. takut nanti lama-lama hilang memori tu atau ingat-ingat lupa, baik aku letak sini kan. aku boleh baca jugak. hehe.


kbai