Tuesday, January 8, 2013

menunggu itu payah


*entri ni panjang. sungguh. memang tak tipu.

kopi radix depan aku dah tinggal separuh. lama juga aku tenung pc ni. tak tulis apa-apa. air kopi je yang laju. menulisnya bukan reti nak laju. kalau laju pun, tekan backspace balik. aku tak reti/pandai hasilkan entri berkualiti. aku fikir tapis dan taip. kalau ada kekurangan maafkan aku, nama pun manusia. *jangan guna nama manusia untuk cover kesalahan sendiri irah.

untuk entri kali ni aku nak bercakap bertulis pasal tunggu seseorang balas cinta kau. kau pernah? bukan semua orang beruntung yang mana bila dia nak orang tu, orang tu pun nak kat dia. walau secantik/sehensem mana pun seseorang tu..tak semesti dia dapat orang dia nak. sungguh! bak kata kawan aku si nasuha, memang miracle la kalau dua orang tu saling nak sama nak. *lebih kurang lah ayat dia, aku pun dah lupa.


<3



melalui twitter aku dapat juga berkongsi rasa dengan orang yang menunggu seseorang untuk balas cinta dia neh. *wah irah, dah macam rancangan Bersamasama dah. berkongsi rasa? kahkah. hiperbola.

ada orang cakap, "lelaki jangan layan perempuan tu baik sangat..nanti perempuan tu jatuh hati."

haa, lepas tu bila dah jatuh hati bukan reti nak sambut. pergi main campak-campak. last sekali terjatuh dan berkecai. *drama betul irah. dalam kes ni tak boleh nak salahkan sesiapa. perempuan memang ada yang jenis mudah jatuh hati. tapi tak boleh lah nak salah kan lelaki tu juga kalau dia layan baik sangat sampai perempuan tu jatuh hati. mungkin dah cara dia layan orang macam tu. atau dia memang jenis hargai/hormat perempuan. atau dia jenis peramah/mesra cepat masuk air. sekepala. so nak salahkan siapa? tak ada siapa pun salah. hati sndiri pun tak salah. bukan senang nak kawal hati.

and you will regret later. source


aku pun pernah tunggu orang dan lepas beberapa bulan aku give up. bukan senang tahu nak tunggu orang yang dia sendiri tak pasti apa perasaan dia kat kita. so, bila aku dapat tahu ada orang yang sanggup tunggu bertahun-tahun tu memang buat aku kagum. sungguh. ada kawan twitter aku tunggu sampai 6 TAHUN! waw! sungguh tabik kat dia. memang tabah hidup dia. orang yang pernah hadapi semua ni je yang tahu perasaan menunggu tu macam mana.

kenapa aku give up, sebab aku letih. sebab bende tu seolah olah macam tak ada penghujung. apa-apa pun still kawan macam biasa sebab dah memang start dari kawan. tak awkward tak apa. kot. haha! dia jenis bongok-bongok. aku pun jenis macam tu. so, buat-buat lupa. kahkah! *weh, aku kata kau bongok. tak pe kan. haha!



dan aku ada dengar satu cerita ni. cerita benar. aku dengar kat radio THR. ada orang call radio tu. kebetulan hari tu hari aku decide nak give up. dengar pula cerita-cerita macam ni. cerita apa? meh nak cerita, tapi ayat yang aku guna mungkin tak sebijik tak sama 100% dengan apa aku dengar. sebab ingat-ingat lupa.

ada seorang kakak ni, dia kahwin dengan suami dia ni dah berapa tahun entah. tapi dia tak cintakan suami dia. tak tahulah kahwin paksa ke atau kahwin pilihan keluarga. tak sure. anak dah ada  dalam 4 orang camtu rasanya. dia dah try untuk cintakan suami dia tapi tak boleh. dia cakap lah suami dia tu macam tu macam ni. lepas tu dia sekarang ni dia dah jatuh hati dengan seorang lelaki ni. tapi suami dia tak nak lepas/cerai dia. jadi dia buntu. *sebenarnya panjang lagi cerita dia. tapi aku pendekkan dan ambil yang penting je.

so, dari situ aku macam, wow, betul-betul tepat time aku decide nak give up. bukan mudah nak give up weh. menangis menangis menangis. tapi rasa lega lepas tu.

dari cerita tu kan, bukan mudah nak suruh diri ni jatuh cinta dengan orang yang cintakan kita. walaupun biasa orang cakap, pilih orang yang sayang kat kita lebih daripada kita sayang kat dia, tapi kena paham juga, bukan mudah semua tu. aku paham.



dan dari cerita tu juga, aku rasa apa yang aku buat tu betul. tak guna nak tunggu orang tu. kita bagitahu dia kita tunggu dia, dia pun mungkin rasa tertekan/terbeban. tak guna nak paksa orang terima kita, tu lagi jauhkan dia dari kita sebenarnya. aku pujuk hati aku, kalau dia memang untuk aku, so nanti satu hari kita jumpa lagi dekat masjid time nak nikah. okay? kalau bukan dengan dia pun aku redha.

jangan pandang rendah dengan orang yang jenis menunggu ni, mana tahu satu hari nanti dia dapat orang yang dia tunggu tu malah lagi bahagia dari korang yang terus dapat tanpa menunggu ni. kalau berbaloi, apa salahnya menunggu. kentalkan hati dulu sebelum tu.

untuk sesiapa yang dah ada makwe/pakwe/suami/isteri, hargai diorang. jangan curang. jangan pergi sailang orang lain punya. reti-reti lah bersyukur. ramai lagi yang menunggu miracle tu jadi untuk diorang.

akhir kata, "I love you baby I'm not a monster" - lirik lagu MONSTER, Big Bang! ai sayang u GD! GD ni nama ahli kumpulan Big Bang, bukan nama laki tu. jangan salah paham. haha.

lagu untuk yang masih setia menuggu, 

- Goodbye - Air Supply

p/s: ditulis tanpa rasa emo. sungguh. hati sungguh ceria kala entri ni ditulis. dapat lepas semua.

4 comments:

Cheese Cake said...

Hehe, entri sangat best . Kak irah kot kan , ni ira jugak . :')
Yup, menunggu tu mmg payah, sgt sakit jugak rasanya. Ade jugak tunggu org nie, tp mcm x leh lelame kot tunggu, melainkan die yg suruh tunggu kan. Die pn tak tau perasaan ni sebenarnya macam mane kat die. Urghhh. Entri sgt tepat dgn sy sekarang.

cookies.cream said...

pengalaman menunggu pernah.. ditunggu pun pernah.. tapi aku kagum dengan seorang lelaki ni.. dia tunggu aku dari umo 14 sampai sekarang - umo 27.. dah beberapa kali melamar aku.. tapi aku tak pernah terima dia sebab aku sayang dia sebagai kawan baik dan sampai bila2 dia tetap kawan baik aku.. byk kali aku minta dia lupakan niat dia tu, tp dia degil.. pernah aku cuba nak sayang kan dia lebih dari kwn baik, tapi tak boleh.. maaf kan aku kawan!

Unknown said...

err.. lari topik skit,

berkenaan citer dekat radio THR tu, pasal pompuan yang dah ada anak 4, tapi still tak rasa cinta pada suami dia.

org kata anak2 tu lambang cinta dan kasih sayang suami isteri kan?

then bila dah sampai 4 orang anak tu, lambang per? masih belum cinta?

#pelik

irahehe said...

cheese cake,
kalau dia sendiri tak tahu perasaan dia macam mana, irah sarankan jangan tunggu. melainkan dia yang beria ia sungguh tunggu. tapi still lagi bagi irah tak payah tunggu.



cookies,
waw. lama gila tu. sanggup ne dia menunggu sampai bertahun tahun. kalau irah, dah lama give up ni.



unknown,
kalau tak silap yang pasal ada anak sampai 4 tu dia cakap terpaksa ke camne ntah. dia tak bagitahu panjang lebar pulak pasal tu..