Sebenarnya entri ini entri yang sangat laaaaaama. 4 Oktober 2011. save kat draft. baru kali ni nak publish. ni bukan resepi aku tapi resepi si ika. dia yang datang kat rumah sewa aku dulu lepas tu buat spegetti. lepas tu aku ambil lah gambar konon-konon nak letak dalam blog. bukan konon lah, memang letak pun. cuma lambat gila publish. sori ika!
**bajet dalam RM20
Bahan-bahan:
- Lidi Spagetti
- Daging Cincang atau (Daging Burger pastu hancurkan)
- 2 Perencah Sos Spaggeti Bolognoise
- Cendawan butang
- Bawang besar cincang halus
- Cili Padi -> suka hati korang nak pedas mana.
- Secukup rasa
Cara-cara:
1. Hiris bawang besar + cendawan + cili padi.
2. Rendam lidi spagetti dalam periuk yang berisi air mendidih. biar sampai spagetti tu lembut.
3. Panaskan minyak, tumis bawang dulu lepas tu baru masukkan daging cincang tadi.
4. Tunggu daging macam nak masak tu, masukkan air. lepas tu baru tunggu daging masak sepenuhnya.(jadi warna kelabu)
5. Masukkan Perencah Sos Spaggeti Bolognoise
6. Lepas tu masukkan semua bahan.(cendawan dengan cili) dan juga secukup rasa. tunggu sampai masak dan MAKAN!
kalau tak paham juga, tengok gambar je lah. haha..
okbai!
No comments:
Post a Comment