Thursday, February 23, 2012

What's Up?drama korea 2012 yang best.


** What's Up. layan lagu ni sambil baca entri. source.




What's Up? gambar dari Google.


aku anak tirikan daily report praktikal aku, aku anak kanankan update blog. patut ke tak patut lain kira. tak apa, lepas siap entri ni aku buat. malam ni tidur lewat sikit sebab tadi dah minum kokokopi!

sebenarnya dalam kes ni, What's Up? yang aku ingin perkatakan ialah pasal drama korea. ye, drama Korea. *okay, mungkin yang tak suka/anti Korea cepat-cepat pangkah blog aku. =.=' . aku redha. haha!


suka couple ni! Jang Jae Hun dan Park Tae Yi. sumber gambar Google



complicated. pelajar yang cintakan professornya. source .


Sinopsis buatan sendiri.

Jang Jae Hun yang ingin meneruskan hidup baru selepas terlibat dengan satu accident yang meragut satu nyawa ketika dia menolong kawannya lari dari polis/pihak berkuasa sebab kawan dia ni curi dompet orang mabuk. lepas accident tu dia cepat-cepat lari dari situ kemudian dia ternampak ada orang menyanyi. dia macam dapat rasa yang dia nak terlibat dengan benda-benda macam ni pula. lepas tu dia pergi balik kat tempat accident tu, dia tanya jurujual? kedai dekat-dekat situ macam mana keadaan orang yang kena langgar tu. jurujual? tu cakap dia tak sure, mungkin hidup sebab kes tu cepat je setel. dia pun balik rumah dengan percayakan kata-kata jurujual tu. lepas tu dia betul-betul sambung belajar dan start dari situ lah macam-macam hal berlaku.


Oh Doo Ri (Im Joo Eun) singing What's Up (4 Non Blondes). source.


Pandangan aku sendiri

drama ni ala-ala muzikal@memang muzikal. tentang muzik. sebelum ni kalau korang pernah tengok Dream High, dia pasal budak-budak yang nak jadi penyanyi dan dilatih jadi penyanyi kat Kirin Art High School. drama ni pun lebih kurang macam tu juga TAPI drama ni lagi lagi best! sangat best. ada babak kelakar yang buat aku ulang babak tu dua tiga kali, ada babak gembira yang boleh buat aku senyum dan ada babak sedih yang buat aku menangis sampai berair hidung. :(

kenapa korang patut tengok drama ni?
- lagu-lagu dalam drama ni best.
- drama ni tak bosan.
- pelakon dia semua pandai berlakon. berbaloi.
- pelakon kebanyakkan comel-comel/hensem-hensem semuanya. ini serius. walau watak biasa pun, still lagi hensem.
- kalau korang peminat Kang Dae Sung@Big Bang.

kenapa korang tak payah tengok drama ni?
-sebab korang memang tak suka drama Korea.

boleh tengok online dekat sini:
-> http://www.dramacrazy.net/korean-drama/whats-up/

boleh download dekat sini:
-> http://mediumquality.blogspot.com/2011/12/whats-up.html


Lee Soo-Bin dan Eun Chae-Young. source



Ha Do-Sung@Kang Dae-Sung. siapa minat Big Bang sila angkat kening. source.


antara lagu dalam drama ni yang aku suka:
1. http://www.youtube.com/watch?v=0lTT95Icu8c&feature=related
2. http://www.youtube.com/watch?v=i_8vig3SSXI&feature=fvwrel

4 comments:

Mira said...

angkat kening! hehe..

AdikBongsuSM said...

Saya tak pangkah blog ni

http://realitivsfantasi-sm.blogspot.com/2012/02/trip-to-korea-day-2-jeju-island.html

ayanuts said...

mcm best ni..lain kali kalo ada crta best tolg review mcm ni :) nice blog :)

irahehe said...

mira+adikbongsuSM,
bagus2..hahaha..


ayanuts,
okay. InsyaAllah. hehe..:D