Wednesday, January 15, 2014

Syarat dan cara pengurangan bayaran balik pinjaman MARA



okay dah lama janji nak buat entri ni, tapi sekarang baru berkesempatan. bagi yang nak minta pengurangan bayaran balik pinjaman MARA, syarat dia korang boleh baca kat sini. Syarat Pengurangan Pinjaman MARA

Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

1. Untuk buat permohonan secara online, sila ke website e-conversion MARA
2. Lepas isi, check betul-betul dulu sebelum hantar.
3. Print Borang Permohonan tu lepas tu, masa nak hantar tu sertakan sekali,

i. Borang Permohonan eConversion
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)(kena sahkan)
iii. Transkrip rasmi (kena sahkan)

dan hantar dalam tempoh 30 hari ke:

Unit Conversion,
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

Berapa boleh kurang? Pointer?

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

*sekarang aku tak tahu lah kalau dah berubah ke belum pasal berapa potong tu. tapi pertengahan tahun lepas aku buat, still lagi dia potong sama yang macam dia tulis.

**okay, mungkin ada kalangan korang yang baca entri ni yang extend dia punya pengajian. jangan risau. bagi pelajar extend, MARA still lagi potong. MARA ni baik okay. asalkan pointer korang tergolong dalam kat atas tu.

***btw, aku buat permohonan online je melalui website kat atas tu. senang sikit. bende senang tak payah susahkan. lagipun korang klik je link kat atas tu. setel.

****siapa yang rasa dia layak/boleh minta kurang tu, sila-sila lah.. walau semalas mana pun korang. rugi tak minta kurang. :)

last sekali, Terima Kasih MARA!

UPDATE Nov 2016: korang boleh call MARA untuk tanya details okay. maaf tak dapat nak tolong. hehe.

37 comments:

ina diana said...

pointer setiap sem or lpas abiz graduate

Mahirah Mazlam said...

ina
pointer overall. CGPA.

fatin farhana said...

klo daftar online xpayah hantar pos dah eh? sbb baru dapat result last, rugi nie xapply. hehehe. xpasal kena bayar berpuluh ribu.

Faizulazhar Madzlan said...

If PHD ada pointer jugak ker? So mcm mana pengurangannya?

Fadli Alawi said...

Brpe kadar pengurangan utk skrg?

Nurul Nailah said...

permohonan pengurangan MARA ni boleh dibuat after kita grad or sebelum grad pon dah boleh ??

Faka Hashim said...

salam kak. nak tny. klw nk mohon pengurangan ni mesti kne hntr skali ngn diploma? mksudnye kne tggu diploma tu kite dpt dlu ye?

izyan nadhirah Aripin said...

dah lulus belom akak pyer?? brapa lama yer amik mase utk lulus??

Faizul Aidil said...

Masih sama lagi ke eh agak2? Saya amik dip automotive dalam 51k pinjaman.

infinitewrath said...

Kalau biasiswa skim pelajar cemerlang tu kene pohon jugak ke? N kolej sy tk pakai system cgpa tp percentage.

Unknown said...

Sekarang still sama ke pemotongan tu? Xtau nk cek dekat mana la

Unknown said...

Sekarang still sama ke pemotongan tu? Xtau nk cek dekat mana la

Unknown said...

Sekarang still sama ke pemotongan tu? Xtau nk cek dekat mana la

Mahirah Mazlam said...

sorry for the late response,

fatin farhana,
still kene hantar. pos. sebab kene pos skali dgn dokumen2 yang dia nak.


faizulazhar,
mengenai phd, saya tak tahu. maaf


fadli,
yang latest punya kena rujuk MARA.


nurul nailah + Faka,
setahu saya selepas grad, sebab sijil diploma/degree tu dia bagi masa grad kan? so mohon after grad la.


izyan,
akak punya dah lulus. tak lama pun. tak sampai sebulan or sebulan lebih camtu la.


faizul,
boleh try call MARA utk kepastiaan, kalau sama, buat lah pengurangan. sangat berbaloi.



infinite,
haaa, yang tu akak tak pasti. maaf.



unknown,
tak pasti la skang. tapi boleh call MARA utk kepastian



Farhah Toha said...

Salam, nak tanya.
Lepas isi online form and hantar document, status permohonan dekat e-conversion still "permohonan baru" ke until Mara dah proses/luluskan permohonan?
Thanks!

nurlida farhana said...

Sorry nak tanya. Let say la kalau kita dah dapat half dari pinjaman mara then kita nak stop mara tu tapi still teruskan lagi pengajian la. Cuma nak stopkan je pinjaman then nanti bayaran semula tu kira macam mana? Still dapat discout mengikut pointer after grad nanti ke?

nurlida farhana said...

Sorry nak tanya. Let say la kalau kita dah dapat half dari pinjaman mara then kita nak stop mara tu tapi still teruskan lagi pengajian la. Cuma nak stopkan je pinjaman then nanti bayaran semula tu kira macam mana? Still dapat discout mengikut pointer after grad nanti ke?

Fatin Humairah said...

lepas apply online, faks smua dokumen boleh tak?

Mahirah Mazlam said...

farhah tolhah,
Wslm,erk tak paham. kalau dah hantar dokumen ape semua, tunggu dia reply je la kot. mungkin permohonan baru. sebab bende ni dah lama sangat wak. lupa dah. maafff.



nurlida,
alamak awak, tu kene call MARA tu wak. saya tak tahu details2 sangat.




fatin humairah,
Tak tahu la boleh faks ke tak. better pos je dik. senang.

Fiqa said...

Salam saya nak tnya...adakah kitaa perlu hantar by post lagi borang permohonan jika kita ada buat kemaskini? Terima kasih

Fiqa said...

Salam saya nak tnya..perlukah kita untuk hantar balik borang permohonan secara post jikaa kita ad buat kemaskini dalam borang permohonan? Tq

Fiqa said...

Salam saya nak tnya...adakah kitaa perlu hantar by post lagi borang permohonan jika kita ada buat kemaskini? Terima kasih

asrie said...

salam sis, kalau hantar by hand semua doc tu pun bolehkan?

asrie said...

salam sis, kalau hantar semua doc tu by hand kat pejabat MARA pun bolehkan?

Mahirah Mazlam said...

@fiqa,
wslam,better call MARA. not so sure. maaf. hehe


@asrie,
wslam, setahu saya boleh. tak de hal.

shaqif jamaludin said...

Selamat petang, saya nak bertanya.
apa ya prosedur utk buat sambungan
pengajian mara sebab kena extend satu sem
pasal projek master xsiap lagi :(

shaqif jamaludin said...

selamat petang, saya nak bertanya berkenaan prosedur sambungan penajaan mara (extension of loan) sebab penyelidikan master saya xhabis lg so kena extend satu semester. so apa eh prosedur dia?

Mahirah Mazlam said...

shaqif,
maaf tu diluar pengetahuan saya. boleh call MARA untuk tahu lebih details.

Noor Ashikin Hamzah said...

Kalu x de guna pointer mcm mne?

Unknown said...

transcrip rasmi tu bagi yg potosted or original?
borang permohanan econversion tu perlu ada cop pngesahan sekali ker??

anis izzati said...

assalamualaikum.. ad x ape² mklumat trbaru psal peratus pemotongan ntok taon ni ? sbb sy konvo taon dpan.. #hope for ur respond 😊

Hafiz Shuhaimi said...

Salam..masih valid ke pointer pengurangan ni..?

ain atiqah said...

Salam, saya nak tanya, borang permohonan yang kita dah print lepas isi online tu, kena ade cop untuk pengesahan juga ke? Terima kasih

Unknown said...

Kak nak tanya apa beza sijil ijazah dengan transkrip penuh, sebab saya cuma ada tranakrip rasmi dari uni

Nur Hawa said...

Salam saya nak tanya, saya dah mohon pengurangan mara Bulan 11/2016 haritu..Hari ni baru dpt jadual bayaran balik..Tp Byran yg kena bayar balik still sama tak ada pengurangan..Org kata nak tunggu pengurangan mmg lama..Jd saya kena mula byr skrg ataupun tggu sampai keputusan pengurangan bayaran keluar? Saya kena start byr Bulan 2 ni

Nur Hawa said...

Salam saya nak tanya, saya dah mohon pengurangan mara Bulan 11/2016 haritu..Hari ni baru dpt jadual bayaran balik..Tp Byran yg kena bayar balik still sama tak ada pengurangan..Org kata nak tunggu pengurangan mmg lama..Jd saya kena mula byr skrg ataupun tggu sampai keputusan pengurangan bayaran keluar? Saya kena start byr Bulan 2 ni

faez hilmy said...

aslm sis.nak tanye. utk permohonan econversion ni ade tarikh luput tak utk memohon?